Monday, August 17, 2009

Vermikultur

Vermikultur mungkin baru bagi kita, tapi di India, mereka telah mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu tan baja vermikompos (baja cacing) dalam tempoh sebulan untuk kegunaan global. Namun kita tidak dikira masih belum terlewat dalam industri ini.

Kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang ini, seharusnya memikirkan prospek yang lebih luas berbanding pengetahuan yang yang ditimba dalam mana-mana kursus perternakan cacing. Dalam keadaan semasa , harga baja semakin mahal terutama baja berasaskan bahan kimia. Apabila penggunaan baja kimia akan diharamkan penggunaannya sepenuhnya menjelang tahun 2010 dan mula beralih kepada pemakaian baja organik, penternak cacing seharusnya terlibat secara bersepadu dalam bidang ini (pertanian dan perternakan) bagi meningkatkan serta melipat gandakan pendapatan.

Telah diketahui kebaikan baja cacing (vermikompos) ini mampu menjimatkan kos baik pulih tanah , kos racun serangga serta kadar penggunaan baja mula kurang kerana tanah sudah terawat dan tidak mati.

No comments:

Post a Comment